Kaedah-Kaedah Rawatan Kesuburan Di Malaysia

Jika anda telah cuba untuk hamil selama sekurang-kurangnya setahun tetapi tidak berjaya, anda dan suami anda mungkin ingin membuat temujanji dengan doktor pakar.

Jika anda berumur lebih daripada 35 tahun atau mempunyai masalah kesuburan yang boleh menyebabkan anda sukar untuk hamil, anda perlulah mendapatkan bantuan secepat mungkinnya.

Sterility – Herbal Aid

Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang sejarah perubatan atau memperakukan beberapa kaedah rawatan kesuburan untuk meningkatkan kadar kejayaan kehamilan anda.

Jenis-Jenis Rawatan Kesuburan

Rawatan kesuburan biasanya ditawarkan oleh klinik rawatan kesuburan atau hospital kerajaan. Terpulang kepada untuk membuat keputusan memilih tempat yang anda akan menjalani rawatan kesuburan. Hanya perlu pastikan bahawa tempat tersebut adalah sesuai dan memenuhi semua keperluan anda.

Kebanyakan kehamilan dicapai melalui pelbagai rawatan kesuburan seperti IUI ataupun rawatan IVF yang amat dikenali oleh rakyat Malaysia. Dalam artikel ini, pelbagai rawatan kesuburan akan diperkenalkan untuk dipertimbangkan oleh pasangan-pasangan yang sedang mengalami masalah kesuburan dan susah untuk hamil.

Rawatan Kesuburan IUI

IUI bermaksud Inseminasi intrauterine (IUI), di mana sperma suami yang bergerak pantas akan diletakkan ke dalam rahim isteri semasa ovulasi. IUI melibatkan proses atau prosedur makmal di mana pakar akan memisahkan sperma yang bergerak cepat dari sperma yang tidak bergerak atau sperma yang kurang bergerak.

Untuk rawatan kesuburan ini untuk berjaya, tiub fallopian isteri mestilah normal dan tidak tersumbat. Untuk sperma bergerak cepat, suami akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma dan sperma tersebut akan dicuci. Sperma yang telah dicuci boleh bergerak dengan pantas.

Sperma tersebut akan diletakkan di dalam kateter kecil atau tiub fleksibel yang lembut, yang akan dimasukkan ke dalam rahim. Kateter kecil itu akan dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks dan sperma akan dimasukkan melalui kateter. Keseluruhan proses ini mengambil masa yang tidak lama, hanya beberapa minit dan prosedur ini biasanya tidak menyakitkan.

Apakah rawatan kesuburan ICSI pula?

ICSI: what is it and can it be useful in your fertility journey? | Andreia  Trigo

ICSI merupakan suntikan sperma intra-cytoplasmic yang melibatkan proses di mana pakar akan menyuntik satu sperma terus ke dalam telur wanita untuk mencetus proses persenyawaan. Selepas persenyawaan, embrio kemudiannya dipindahkan ke dalam rahim wanita. Hubungi kami sekarang!

ICSI sering digunakan jika suami mempunyai jumlah sperma yang rendah atau kurang sihat. Masalaha lain dengan sperma seperti rupa bentuk morfologi yang tidak biasa dan suami tiada sperma juga disyorkan untuk menjalani rawatan ICSI.

Rawatan Kesuburan IVF dan prosesnya

Walaupun rawatan IVF amat dikenali oleh semua rakyat Malaysia, pasti ramai orang masih bertanya apa itu IVF? IVF atau persenyawaan in vitro adalah salah satu rawatan kesuburan yang paling efektif bagi pasangan yang mengalami masalah kesuburan atau kemandulan.

Proses IVF berjaya melibatkan proses persenyawaan antara telur wanita yang dikeluarkan dari ovari dengan sperma yang dihasilkan oleh lelaki. Proses ini biasanya dilakukan di dalam makmal atau tabung uji Proses persenyawaan akan menghasilkan embrio dan kemudiannya ia diletakkan di dalam rahim wanita dan ini merupakan pengalaman IVF yang berjaya.

Kejayaan proses rawatan IVF juga bergantung pada umur wanita. Bagi wanita yang berumur kurang daripada 40 tahun, kebarangkalian untuk berjaya hamil adalah lebih tinggi. Bagi wanita yang berumur 40 tahun, doktor akan membuat beberapa prosedur dan memberi tips IVF atau panduan untuk meningkatkan kadar kejayaan kehamilan.

Bagaimanapun, rawatan IVF menelan kos yang agak tinggi terutamanya jika rawatan tersebut perlu diulang apabila rawatan pertama tidak berjaya. Harga IVF di Malaysia yang agak mahal menjadikan rawatan ini kurang sesuai untuk pasangan yang mempunyai kekangan kewangan.

Akan tetapi, beberapa program telah diperkenalkan baru-baru ini untuk membantu mengurangkan kos rawatan IVF dan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendapat zuriat atau cahaya mata.